IN THE NAME OF ALLAH, THE MOST BENEFICENT, THE MOST MERCIFUL..

Wednesday, March 2, 2011


BAHAYA CINTA SEBELUM KAHWIN...


1) Pasti kelak diriku ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu...

2) Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu bagi syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya...

3) Hati akan terseksa dengan barah rindu....

4) Rindu palsu akan membelenggu minda hingga ia terjajah dan terhina di bawah jajahan syaitan...

5) Cinta lalai akan menyebabkan alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat...

6) Aku boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar-benar mabuk cinta...

7) Fitnah cinta ibarat racun yang akan membunuh akal, jiwa dan perasaan...

8) Jiwaku terganggu dalam menilai mana yang baik, mana yang buruk untuk diriku...

9) Jika aku dan dia berjaya melangkah ke alam rumah tangga nescaya ia terbina atas dasar maksiat, yang mengundang padah kepada peribadi zuriat kami nanti...

NAUZUBILLAH!!!!!...


-Pemilik cintaku selepas Allah dan Rasul dari Fatimah Syarha Mohd Noordin.


Sebelum akad terucap tidak akan kubiarkan hati ini di isi dengan cinta makhluk yang tidak halal padaku. semoga zina hati itu dijauhi dari diriku. Ya Allah, sesungguhnya dugaan cinta palsu itu terlalu kuat, Engkau kuatkanlah hati ini tetap teguh dengan pendirianku...

Cinta yang ada ini hanya buatMu ya Rabbi,

Cinta yang abadi itu lahir dari ketulusan hati,

Andai satu hari nanti pemilik hati ini di temui,

Satu kan hati kami kerna cinta padaMu ya ilahi,

Kerna aku impikan syurga yang abadi....



No comments:

Post a Comment

~see and practise~

sape suh ikot???